Sunday, October 17, 2010

AdDiN--IsLaM AgAmAKu...............

                                            .....MeNcArI SiNaR ItU......


 ~>   Kehidupan di dunia yang dipinjam sementara  ini  banyak melalaikan aku......Untuk apa meraih
         kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta....Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian
         tetapi hanyalah untuk diamalkan.Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai hina disisi
         Tuhan..Di dunia yang fana ini aku hanyalah hamba hina yang sering  diselubungi  dosa-dosa.
         Diri ini hanya mampu merayu dan mengharap agar kembali bersih sebelum pergi menghadap Ilahi...

       
~>  Segala puji bagi Allah  s.w.t, kita memuji-Nya,,memohon pertolongan kepada-Nya dan
       keampunan-Nya,kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan kejahatan amalan-amalan
       kita.Barang siapa yang Allah beri petunjuk kepada-Nya maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya,
       sebaliknya  sesiapa  yang Allah tetapkan baginya kesesatan,maka tiada siapa yang akan dapat berikan
       kepadanya hidayah.Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya
       melainkan Dia, dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan hamba dan utusan-Nya.
     

      Allah s.w.t  berfirman  dalam surah Ghafir ayat ke-60,maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman :
              "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
               Sesungguhnya  orang  yang sombong takbur daripada beribadat  dan berdoa 
               kepada-Ku,akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"

Sikap seorang mukmin apabila memahami ayat-ayat seperti ini ialah kesungguhannya untuk  memohon  kepada Allah kerana keyakinannya bahawa  doa atau munajatnya itu dimakbulkan oleh Allah.Dalam ayat ini juga menunjukkkan perbuatan tidak berdoa adalah menampakkan sikap takabbur  dan meninggi diri terhadap Allah s.w.t.


                                           PETUA - PETUA DOA MAKBUL


  1. Berdoa  dengan ikhlas kepada Allah.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah,diikuti dengan selawat keatas Nabi s.a.w. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allahdan selawat adalah Alhamdulillah dan Wassalatu wassalam ala Rasulillah.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi s.a.w juga.
  4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa,menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah s.w.t.
  5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
  6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan.
  7. Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah.
  8. Sentiasa berdoa pada setiap masa,sama ada ketika senang atau susah.
  9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan,seperti mendoakan kecelakaan bagi  orang lain dan memutuskan silaturrahim.
  10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
  11. Merendahkan suara.
  12. Berdoa dengan mengulangkan Ya RAbb sebanyak tiga kali.
  13. Mengadap ke arah kiblat.
  14. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
  15. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
  16. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat.
  17. Tidak bersajak dalam berdoa.
  18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami').
  19. Menyeru Allah s.w.t dengan nama-nama-Nya yang mulia.
  20. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal.
  21. Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar.
  22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri  sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
  23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari.
  24. Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.
  25. Mengaminkan doa yang dibacakan.


                                     
  SOLEHAH~~ISLAM AGAMAKU 

Islam agamaku,
Al-quran kitabku,
Muhammad nabiku,
Ka'abah kiblatku,
Solat lima waktu...sehari semalam,
Itu kewajiban...yang diperintahkan,
Marilah kawan kita semua....sujud kepadanya,
Hanyalah Allah...Tuhan satu.... yang wajib di sembah,
Tiada Tuhan selain  Allah,
Nabi Muhammad utusan Allah,
Islam agamaku,
Al-quran kitabku,
Muhammad nabiku,
Kaabah kiblatku,
Solat lima waktu...sehari semalam,
Itu kewajipan....yang diperintahkan,
Marilah kawan kita smua...sujud kepadanya,
Hanyalah Allah...Tuhan satu yang wajib di sembah,
Tiada Tuhan selain Allah,
Nabi Muhammad utusan Allah,
 Islam agamaku,
Al-quran kitabku,
Muhammad nabiku,
Ka'abah kiblatku.......


                                 DeNgArKaNLaH.....sAhAbAt...

wanita