ASSALAMUALAIKUM....
Aku ingin menjadi
wanita yang sentiasa melabuhkan cinta ku kepada Mu, Ya ALLAH...
Aku akan selalu
mengamalkan sunnah-sunnah Rasuluallah..
Aku akan jadikan
isteri Rasuluallah sebagai contoh untuk menjadi muslimah sejati...
Aku ingin menjadi
kuat seperti sahabat-sahabat baginda...
Aku ingin menjadi
anak yang patuh kepada kedua ibu bapa ku..
Aku ingin menjadi
seorang isteri yang solehah kepada bakal suami ku..
Aku ingin menjadi
seorang ibu yang mithali kepada bakal anak-anakku..
Aku ingin menjadi
wanita wadiah iaitu wanita yang indah tanpa perhiasan.
Aku ingin menjadi
wanita yang cantik dengan akhlak dan kaya dengan santun
Aku ingin menjadi
wanita cantik tapi bukan kerana perhiasan, tetapi pada 2 rakaat di penghujung
malam,..
Aku ingin menjadi
wanita yang kehausan di sebabkan puasa kerana ALLAH
Aku ingin menjadi
seperti sekuntum mawar yang di penuhi duri, yang bisa melindungi dirinya dari
musuh-musuh..
Aku ingin mempunyai
akhlak yang cantik dan indah melebihi kebun yang di penuhi bunga..
Aku ingin menjadi
seseorang yang sentiasa berusaha menegakkan agama ISLAM..
Aku ingin menjadi
muslimah yang solehah, hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya ALLAH....
AMIN!
No comments:
Post a Comment