Wednesday, September 19, 2012

Adam Mukhriz & Ain Hawani~

Assalamualaikum.... sahabat... ape khabar? semoga kita sama2 sentiasa dibawah payung
lindungan-NYA... insyaAllah..

brdasarkan tjok entry kt ats,, u ols msti taw kn drama bersiri yg tgh hot kt saluran astro HD stiap isnin hgga khamis, jam 10.00 mlm.. hehe.. citer ni diadaptasi dari novel terlaris aisya sofea,, (ADAM & HAWA).setelah ikuti setiap siri citer ni,, aku da xboley nk miss da tgk,, kna tgk hari2.. kalo la termiss jugak,,xpe, astro kn sntiasa ad ulngn, so kte tgk ulangn punyer ok??. masa mula2 tgk dlu, ad gk terdetik dihati,, spe heroin ni? nape ambik die? nape x fasha sandha ke, lisa surihani ke,, maya karin ke,, aku ke...haha~ teringin jugek ke ak?? haruslah~~ tgk la sape heronya.. aaron aziiz a.k.a abg macho lg gagah.. da lme2 tgk ni.. ok2 jela lakonan kak nadiya nissa ni.. xkn org sama je kn, nk jgk tgk org2 baru~

 ~ u ols da baca ke novel diatas~ kalo blom sila la bli di kdai2 buku berdekatan~ hehe.. ni ha sinopsisnya~

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...




dari sohabat kepada sohabat :
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Ape2 pn rebut dan kejarlah cinta ilahi, ternyata akan memperoleh cinta yg abadi~insyaAllah..



No comments:

Post a Comment

wanita