Saturday, August 4, 2012

15 hari sudah kita bersama~ ya Ramadhan~

asslamualaikum~

Sedar tak sedar sudah 15 hari kita berpuasa.. namun apa kah kita dapat menghayati erti puasa itu?  Dapat kita merasai kepahitan hidup orang orang yang susah,kita hanya menahan lapar dahaga selama 12 jam lepas tu kita makan bagai harimau membaham kerbau.~~hak3
 Apa yang aku lihat ramai yang berpuasa tapi tidak menunaikan solat, ada yang berpuasa tapi masih pakai baju ketat, ada juga puasa tapi masih juga bergosip tentang itu dan ini....
 Lagi satu tabiat tidur dalam surau, kalau setakat tidur sahaja tak mengapa tapi siap ambil sejadah buat bantal, kain pula buat selimut... apa kah kita lupa sejadah itu kan tempat orang sembahyang, sedih.. nak marah kang... erkkkk... mampukah aku~sendiri mau ingat la....errr.. bagaimana pula dgn diri akju?? istiqamahkah aku dlm mnunaikannya~~...
 Ramadhan ini aku nampak nya berjaya menahan diri dari pergi ke pasar ramadhan , hanya sekali sahaja aku pergi , itu pun sebab teringin sangat nak makan martabak.. tapi akhirnya lepas berbuka aku sakit perut pulak. Jadi aku ambil keputusan masak sahaja di rumah, biar pun berbuka makan nasik putih dan lauk pauk yg dimasak bersama my mum... tapi aku yakin ia nya bersih sebab air tangan kami sndiri... bgaimana pula dgn anda????
 Sama sama lah kita hayati lagi 15 hari baki bulan ramadhan ini, semoga kita berpeluang menemui erti ramadhanyg sebenar~~ sama2 la kita istiqamah ye ~ semoga amalan kita diterima olehNyA... insyaAllah~

No comments:

Post a Comment

wanita